Pertikaian undang-undang Adam Adli Abdul Halim

Tuduhan menghasut

Pada 13 Mei 2013, Adam Adli ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.[1] Beliau ditahan pada jam 3:15 petang 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[5] Adli digari di pejabatnya di Bangsar akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan disiasat di bawah Seksyen 125b Kanun Keseksaan kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia.[6]

Pada 19 Mei 2013, Adli telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penangkapannya kerana menghasut. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum 13 Mei.[7][8]

Adam Adli telah dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 23 Mei 2013 di Kuala Lumpur.

Pada 2014, Adam dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapi hukuman itu ditukar kepada denda RM5,000 selepas rayuan di Mahkamah Tinggi. Beliau kemudian dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan itu pada 22 Februari 2018. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di UPSI selepas enam tahun digantung kerana kes tersebut[9].

Penganjuran perhimpunan haram

Pada 2015, Adam Adli didakwa bersama-sama menyertai protes jalanan itu bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara jam 4 petang dan 7.30 malam, 28 Februari 2015. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada 28 November 2017, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskannya di akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes itu. Pada 31 November 2017, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskannya. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan yang diputuskan Mahkamah Majistret.

Rujukan

WikiPedia: Adam Adli Abdul Halim http://news.abnxcess.com/2013/05/student-activist-... http://www.malaysiakini.com/letters/230608 http://www.thesundaily.com/news/702338 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/... https://www.astroawani.com/berita-politik/adam-adl... https://www.roketkini.com/2018/02/22/aktivis-adam-... https://archive.is/20130622121748/http://thestar.c... https://www.nst.com.my/news/politics/2021/09/72778...